Khamis, 24 Julai 2014

SEUNTAI KATA PEMBUKA BICARA 


Dapatkan Ilmu Dengan Pemerhatian, Lihat Dengan Mata, Fikirkan Dengan Akal, Pertimbangakan Dengan Naluri Hati, Bertindak Dengan Amal, Selaraskan Dengan Hukum Alam, Hukum Manusia Dan Hukum Agama.

Alhamdulillah...hari ini merupakan hari pertama saya blogging. Semoga pengunjung semua dirahmati Allah sentiasa hendaknya. Selawat dan salam buat junjungan besar, Sayyidina Muhammad SAW. صلى الله وسلم عليه.


PENGENALAN

Pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer bukanlah satu fenomena yang baru. Ianya telah bermula pada awal tahun 70an di Amerika Syarikat dengan tertubuhnya 'PLATO system' (Programmed Logic for Automated Teaching Operations) di University of Illinois yang menggunakan kerangka utama. Projek pertama yang menggunakan 'PLATO system' untuk pengajaran bahasa adalah projek Curtin, Clayton, Finch, Moor & Woodruff (1972) yang mengajar terjemahan bahasa Russia ke dalam bahasa Inggeris. 

Hasil projek pertama ini begitu menggalakkan dan pengajaran bahasa berbantukan komputer terus di perkembangkan dengan menggunakan komputer mini dan komputer mikro (Ahmad, Corbett, Rogers & Sussex 1989). Inovasi terbaru di dalam teknologi komputer seperti penggunaan multimedia dan ciri- ciri  yang diserapkan di dalam program-program aplikasi menjadikan komputer mesra pengguna. Komputer kini satu alat media yang berkesan untuk pengajaran untuk semua mata pelajaran.

Di Malaysia, berbagai perisian pengajaran pembelajaran berbantukan komputer  telah dibekalkan ke sekolah-sekolah oleh Kementerian Pelajaran Malaysia melalui Bahagian Teknologi Pendidikan. Namun menurut hasil laporan pemantauan Sekolah Bestari oleh bahagian sekolah pada tahun 2001, serta laporan-laporan lain mengenai kaedah penggunaan pengajaran pembelajaran berbantukan komputer dalam pengajaran oleh guru masih berada, pada tahap yang kurang memuaskan. Oleh yang demikian, melalui topik ini diharap para pendidik dapat menguasai segala maklumat yang diberikan ini, serta mengadaptasikannya dalam proses pembelajaran dan pengajaran kelak.

Bagi mencapai matlamat pengajaran yang berkesan dan bermutu, guru perlulah menggunakan perisian pembelajaran dan pengajaran berbantukan komputer  secara berfikrah, terancang dan bersesuaian dengan aktiviti-aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Kaedah pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer berfungsi sebagai bahan bantu mengajar, bukan merupakan penganti guru didalam kelas. Oleh itu, guru berperananan untuk membentuk, merangsang pengajaran dan pembelajaran, para pelajarnya. Selain itu, dalam keghairahan menggunakan pembelajaran dan pengajaran berbantukan komputer guru perlu mengambil kira dan mengetahui aspek-aspek yang berkaitan dengan kandungan pembelajaran dan pengajaran berbantukan komputer  contohnya.




Di manakah hubungan penutur dan pendengar ?
Dia adalah ibarat teko dan cawan
Teko perlu penuh, cawan perlu kosong
Cawan perlu tegak, teko perlu condong
Teko perlu berdiam diri, di kala cawan menari
Bila cawan sudah berhenti, barulah teko boleh mulai
Samalah ibaratnya guru dan murid
Sama-sama perlu rajin
Sama-sama perlu tekun
Sama-sama perlu yakin.